
LORI SEWA HARITH LOGISTICS
Professional KL & Outstation Transport Services
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Saya Helmi dari Harith Logistics. Syarikat saya menjalankan perkhidmatan sewa lori 1tan,3tan & lori roro bin terutamanya untuk kawasan kl, selangor dan seluruh malaysia.
Antara khidmat sewa yang kami tawarkan seperti ;
1. Lori sewa pindah bilik/rumah/kedai/pejabat.
2. Lori sewa pindah gudang.
3. Lori sewa hantar barang katering/butik pengantin.
4. Lori sewa pindah mesin/signboard dan lain-lain.
5. Lori Roro Bin untuk membuangan sampah. Perabot, batu bata & sebagainya.
Jika anda sedang mencari perkhidmatan lori untuk pemindahan atau lori roro bin untuk pembuangan sampah berserta dengan pemandu lori yang berpengalaman dan boleh dipercayai, hubungi kami.
TERMA DAN SYARAT
Harap baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.
Tempahan tertakluk pada ketersediaan lori. sila membuat TEMPAHAN lori sewa seawal yang boleh.
Tempahan lori dan pemandu bermakna TIADA tenaga pekerja lain yang terlibat. 1 pemandu lori bertanggungjawab memandu lori sahaja (hanya membantu menyusun/memunggah item kedalam/dari lori) tiada kerja lain untuk mengangkut atau memindahkan barang.
Sila beritahu kami jika anda memerlukan pekerja untuk pemindahan anda. Cas tambahan rm70 dikenakan bagi setiap orang tenaga pekerja. Minimum memerlukan 2orang pekerja. (Notis 24jam diperlukan untuk penyediaan tenaga kerja)
Cas tambahan rm50/item jika bantuan diperlukan untuk memasang atau membuka perabot.
Untuk perumahan kondominium, sila dapatkan kelulusan pengurusan terlebih dahulu sebelum urusan pemindahan. Sekiranya mover tidak dapat masuk kawasan kondo, kami tidak bertanggungjawab untuk menjadualkan semula atau mengganti mover tersebut pada tarikh lain. Sewa lori yang berasingan diperlukan untuk sebarang penjadualan semula.
Sebarang pembatalan hendaklah dibuat SEBELUM dua puluh empat (24) jam pengambilan dijadualkan dengan memberitahu perkhidmatan pelanggan yang diberikan melalui panggilan, Whatsapp atau SMS.
Hubungi @ whatsapp kami dan berikan butiran-butiran anda kepada kami. Antara maklumat penting yang harus dihantar ialah nama, alamat(pick up/drop off), jenis rumah (tangga/lift/landed house),tarikh pindah & gambar barang-barang yang ingin dibawa/dibuang (untuk memudahkan kami memberikan cadangan size lori yg sesuai dengan barang-barang tersebut)
Hubungi Kami Segera Untuk Sebut Harga.
LULUS RISIKO.
Semasa barang anda diangkut atau dipindahkan untuk tujuan pengangkutan, segala risiko (termasuk kehilangan, kemusnahan atau kemerosotan yang tidak disengajakan)
"Risiko" akan berlaku kepada anda sebaik sahaja kami menyerahkan barang tersebut ke destinasi yang dipilih oleh anda.
Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan bernilai tambahan kami, kami akan membantu memastikan tahap penjagaan tertinggi diberikan semasa mengendalikan dan mengangkut barang anda tetapi kami tidak dapat menerima sebarang tanggungjawab yang timbul daripadanya.
Walaubagaimanapun, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI DAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DARI HARITH LOGISTICS. KAMI AKAN SENTIASA CUBA MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI.